
![]() |
unfaithful II
Wednesday, 31 October 2012 | 22:30 | 0 star
31 okt 2012
Mindaku dan hatiku tidak
selari... Mindaku mengatakan tidak tapi sebaliknya bagi hatiku. Sudah ku katakan
dia sejarah hidupku,.. aku perlu hentikan perasaan gila ini... Namun, diriku
mengila sebaik saja terlihat kelibat dy. Susah untuk ku kawal perasaan ini... Kenapa?
Layanan dan pandangannya
terhadapku masih sama seperti kelmarin. Tanpa perasaan, sejuk…. Sukar untuk ku
faham.. tak, sebenarnya mudah. Perasaannya terhadapku sudah pudar. Atau mungkin
dy tak pernah punya perasaan terhadapku. Hanya aku yang melebih-lebih.
Hari demi hari fikiranku
kian sesak dengan pelbagai perasaan. Fikiran ku bercelaru. Apa sebenarnya yang
aku rasakan. Aku sendiri tak dapat pastikan......
Kebenarannya, aku tewas... Aku tewas dengan perasaan sendiri... Benarlah kata orang, cinta itu satu misteri.... Datang tanpa diduga. Hadir tanpa dijemput... Kehilangganya pasti dicari, dan
dirindui...
Apa yang aku cari?? Aku
belum pasti.... Cuma sekarang, sudah pasti aku perlu tawan semula perasaanku yang
kian menggila dari hari ke hari....
Cukuplah, aku sudah penat... Penat dengan permainan dunia.... Aku ingin hentikannya sekarang juga...!!
unfaithful
Tuesday, 30 October 2012 | 23:00 | 0 star
30 okt 2012
Sepatutnya aku sedar, siapa
diriku, dimana kedudukanku. Mungkin reaksinya sebelum ini membutakan hatiku.
Aku lena diulit mimpi palsu. Ahhh... Sekali terjerat selama-lamanya terjerat.
Aku benci.
Pandangannya, sejuk.. tanpa
perasaan, tanpa kehangatan.. aku tak dapat rasakan apa yang aku rasa sebelum
ini. Hatiku sebak, sakit dan sesak… rasa bagai dihimpit dinding di bahagian
depan dan belakang.
Aku terpaksa terima inilah
realiti kehidupan. Manusia sentiasa inginkan kesempurnaan. Apa yang aku miliki
bukan untuk memenuhi kekurangan dirinya. Mungkin orang lain.
Dia sejarah
hidupku.
Akan ku simpan kisah ini
dalam lipatan sejarah hidupku. Hatiku pedih… belum pernah ku rasakan perasaan
ini.. adakah ia cinta?? Ia menyakitkan. Aku lemas dalam angan-angan aku. Ilusiku,
peristiwa-peristiwa lalu.. menghantui aku.
Fikiranku penuh dengan
memori lalu. Susah benar untuk hapuskannya… sekarang aku faham kenapa seorang
gadis mampu menangis apabila berpisah dengan kekasih. Ia begitu menyakitkan.
Sungguh, ia memang betul-betul menyakitkan.
Kepahitan realiti yang
terpaksa aku terima… Aku perlu belajar melupainya sedikit demi sedikit… Aku
perlu…
tak sangka... !!
Wednesday, 24 October 2012 | 00:00 | 0 star
24 okt 2012
Hahaha…. Rezeki datang
bergolek. Gambar-gmbar kepunyaan ****** ad padaku. Hahah… aku gembira bukan
kepalang.
Ibarat bulan jatuh ke riba, aku ingat perasaan ini akan hilang
sedikit demi sedikit kerana jarak kami yang kian jauh. Rupanya tidak.
Pabila aku mengkhabarkan
berita ini pada kawanku, dy memberitahuku yang si ****** ada datang menghntar
dan mengambil sepupunya.
Malangnya, aq belum pernah bersemuka dengannya. Hanya
gambar menjadi pengganti. Sedihnya….
Apapun, aq tidak menaruh
harapan sepenuhnya terhdap dy kerana bunga bukan sekuntum bukan??
Di sana,
sudah pasti ad yang cuba mendekati dirinya. Memikirkan hal ini sudah cukup
membuatkan aq cemburu. Hah, susah benar…..
|